ermmm .. today very la baik hati ku ini ... nk menaip pasal care2 nk bt sarang semut just for NIESA ,,, coz my frenzz ni , tak tahu la demam pe entah , nk bt kuih sarang semut . beb , pose agi bape ari la ... hemmm se tahu ku ,, die niee pnyerr la malas masuk dapur (sori . just joke niesa) .. ade due jenis tau ..
BISKUT SARANG SEMUT
(yang ini jenis lame pnyyer ,, yang berwarne -warni tu)
(1 adunan ni boleh dapat 250 biji)
BAHAN : -
2 cawan mentega
2 cawan gula halus
2 biji kuning telur
1 cawan tepung kek
2 cawan tepung jagung
2 cawan tepung kastard
1 cawan tepung gandum
coklat rice (hiasan)
CARA : -
pukul mentega & gula hingga kembang kemudian
masukkan telur . masukkan semua tepung sedikit
demi sedikit . uli sebati kemudian bahagikan kepada
beberapa bahagian dan tambahkan pewarna mengikut kesukaan,
selepas itu parut kesemua jenis pewarna tadi di dalam satu bekas ,
gaul kesemuanya (tidak di tekan @ satukan) .
kemudian masukkan ke dalam kertas kuih kek kecil dan taburkan coklat rice
sebagai hiasan dan bakar.
****************************************************************************************
BISKUT SARANG SEMUT
(yang ini punnyer sarang semut i like , ini moden punnyer ade icing.)
BAHAN : -
4 cawan tepung naik sendiri
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus
2 1/2 cawan margarine
4 biji kuning telur
CARA : -
1 . masukkan margarine & gula hingga kembang.
kemudian masukkan telur
2 . masukkan semua tepung . gaul hinnga sebati .
(sekiranya adunan keras tambah dengan margarine)
3 . bakar adunan kemudian masukkan dalam kertas
kek sapukan icing dan taburkan dengan coklat rise .
ICING : -
2 camca besar telur
3 camca besar gula icing .
(kedua - dua disatukan bahan dan di pukul kembang)
(kedua - dua disatukan bahan dan di pukul kembang)
coretan oleh bila . BELLA